Sunday, August 24, 2008

Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon

Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al mubarak, Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon telah mengadakan program "Sumbangan Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon" pada 24 Ogos 2008.

Pemberian sumbangan Tabung khairat ini telah diadakan berturut-turut selama 16 tahun bagi memperigati Wakil rakyat wanita pertama Malaysia.
"Datin Ani (kanan, anak kepada Datin Halimathon) bersama dengan Dato Rahman sedang memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di majlis Sumbangan Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon Abd Majid"

Perjuangan Halimathon sememangnya amat besar di dalam meletakkan Wanita ke tahap yang tinggi didalam dunia Politik.

Sebanyak RM10,000 telah diperuntukan untuk program sumbangan ini dan ianya diagih-agihkan kepada 68 orang penerima yang diantara penerimanya merupakan kanak-kanak cacat, anak yatim, dan ibu tunggal di dalam Perlimen Seputeh.

"Turut hadir (Duduk) : Datuk Hisham Abd Majid(kanan) Ketua Bahagian UMNO Seputeh bersama dengan Naib Ketua Bahagian Seputeh, En Aziz Shafie)"

"Hadirin yang hadir bagi menerima sumbangan dari Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon"

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...